Skip to main content
Rino Puji Blog

Hanya Sebuah Blog untuk mengisi masa lapang

Cara install Virtual Master

Info :
For english version,please refer this post.

Post ini telah di update pada 09 June 2025.



1.Download Virtual Master melalui Play Store

Straight to the point,pergi ke play store dan download application Virtual Master.

virtualmasterplaystore20250605


2.Active Virtual Master

Untuk menggunakan Virtual Master tanpa masalah,kita kena "Activekan" virtual master ni.Sebenarnyer "Activekan" ni bermaksud kita nak "bypass" restriction/sekatan yang ada pada "stock android".

Info :
Proses tersebut dipanggil sebagai Phantom Limit

2.1 Developer Option

Sebelum kita nak buat prosess "Activation",ade satu hal penting yang perlu kita ada.Pastikan kita ada Developer Options pada setting.

Untuk check,sila masuk ke Settings >> Additional Settings.Rujuk gambar di bawah :

checkdeveloperoption_08_06_2025

Sekiranya anda tidak ada option developer options,sila pergi ke panduan Cara enable Developer Options pada kebanyakan Android.

Dah timbul option Developer Options,kembali semula ke sini untuk melanjutkan proses "Activation".

Buka application Virtual Master,lihat ke bahagian bawah dan pilih For you.Selepas itu,pilih ke menu Activation.


virtualmaster_activation_1_2025_06_05

3. Activation kaedah 1 (Disable Child Process Restriction)

Cara 3 hanya untuk android 14 dan ke atas.Sekiranya anda menggunakan android 14 dan ke bawah,sila pergi ke topic 4.

  1. Pada ruangan activation,kita akan pilih menu Disable Child Process Restrictions

    vm_activation_disable_child_process_restrictions_08_06_2025

  2. Pada ruangan ni (rujuk gambar di bawah),kita akan pergi ke home terlebih dahulu.Tekan simbol petak/menu/Home pada hp anda.

    vm_activation_disable_child_process_restrictions_08_06_2025

  3. Masuk ke Settings >> Additional Settings >> Developer Options

    Warning !
    Sekiranya tiada developer option,sila rujuk post Cara enable Developer Options pada kebanyakan Android.

    checkdeveloperoption_08_06_2025

  4. Dalam Developers Options,sila Enable/Tick untuk option Disable child process restrictions.

    Warning !
    Sekiranya anda tiada option Disable child process restrictions,sila pergi ke topik 4. Activation kaedah 2 (Pairing Code)

    vm_activation_disable_child_process_restrictions_08_06_2025

  5. Selepas kita dah "tick/enable" option tersebut,tekan button "Recent/3 garis",

    vm_activation_disable_child_process_restrictions_08_06_2025

  6. Masuk semula ke Virtual Master

    vm_activation_disable_child_process_restrictions_08_06_2025

  7. Dan pilih Tap to active.Sekiranya berjaya anda akan nampak popup message Virtual Master has been activated seperti gambar di bawah.

    vm_activation_disable_child_process_restrictions_08_06_2025

Tahniah ! Anda dah berjaya activekan virtual master anda.So...dah boleh gune la untuk keperluan anda.

Alert :
Sekiranya virtual master anda kerap mengalami masalah,sebagai contoh kerap sangat crash,sila buat semula activation process.


4. Activation kaedah 2 (Pairing Code)

Kepada user yang tiada Disable Child Process Restriction,anda perlu guna cara yang lama.

Info :
Tutorial untuk kaedah ni agak panjang.Buat slow2....

  1. Anda perlu connect dengan wifi.Mane-mane wifi pun boleh.Mamak ke,kawan ke,hotspot dari hp lain pun boleh.Janji Wifi.

  2. Pada ruangan activation,pilih Notification Method.

    vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  3. Kita akan keluar semula ke main menu.Pergi ke button menu/home

    01_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  4. Masuk ke Settings >> Additional settings >> Developer options dan cari Debugging >> Wireless Debugging

    Warning !
    Sekiranya tiada developer option,sila rujuk post Cara enable Developer Options pada kebanyakan Android.

    02_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  5. Aktifkan Wireless Debugging

    03_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  6. Tekan button Recent app

    04_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  7. Masuk semula ke Virtual Master

    05_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  8. Pilih Pair your device

    06_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  9. Anda akan di bawah ke Wireless Debugging semula.Pilih Pair device with pairing code.Akan ada satu popup timbul,sila ingat/hafal code nombor yang diberikan.Tolong tengok ruangan notification,akan anda icon "Virtual Master"

    07_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  10. Tarik notification anda ke bawah,pilih ENTER PAIRING CODE dan masukkan code tadi.

    08_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  11. Sekiranya code tu betul,langkah seterusnya pilih ACTIVE NOW

    09_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  12. Anda akan di bawa semula ke Virtual Master.Langkah terakhir,pilih Tap to active

    10_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

  13. Sekiranya berjaya,anda akan dapat popup yang menyatakan "Virtual Master has been active"

    11_vm_activation_pairing_code_09_06_2025

Tahniah ! Setel dah.

Alert :
Sekiranya virtual master anda kerap mengalami masalah,sebagai contoh kerap sangat crash,sila buat semula activation process.